Tuesday, November 11, 2008

Remaja dan Kewangan


Remaja kini penuh dengan keinginan untuk memenuhi kehendak mereka daripada keperluan.Ini berlaku atas sebab kurangnya ilmu ataupun pengetahuan untuk membezakan antara kehendak dan keperluan,yang kadangkala memerangkap remaja kejurang pembaziran.Pengetahuan dipeolehi melalui pembacaan dan penelitian yang amat jarang remaja lakukan aktiviti ini kecuali sesetengah remaja yang mengambil berat.Keadaan ini berlku atas sebab kurangnya kesedaran mereka tentangnya,menyebabkan pembaziran kewangan yang besar berlaku yang kadangkala menyebabkan remaja terjerumus ke lembah hutang.Kemajuan yang dikecapi dalam bidang kewangan membolehkan remaja menggunakan kemudahan kad kredit,yang mana memudahkan pembelian tanpa perlu membawa duit.Akan tetapi sedarkah kita bahawa kita sebenarnya berhutang dengan institusi kewangan yang mengenakan bunga yang tinggi.Kad kredit memberi kemudahan kepada penggunanya untuk berbelanja luar dari kemampuan sebenarnya,hasilnya hutang kad kredit melambung dan akhirnya remaja terpaksa menghadapi tindakan bankrap oleh institusi kewangan.Pembaziran oleh remaja kini berada pada tahap yang membimbangkan,pekara ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak berkenaan.Tidak dinafikan terdapat remaja yang mengambil berat tentang perbelanjaan mereka dan berbelanja dengan berhemah tetapi bilanganya terlalu kecil jika dibandingkan dengan bilangan remaja yang terdapat dinegara ini.Akhir kata ramaja hendaklah menimba ilmu tentang pengurusan kewangan bagi membentuk remaja yang berdisiplin dalam hal perbelanjaan dan membantu negara dalam usahanya melahirkan remaja yang bijsk menguruskan kewangan.

2 comments:

Anonymous said...

Mana update baru?

Andeka Truna said...

megat, we want more!