Wednesday, November 5, 2008

Melayu Tercabar


Hari ini barulah bangsa Melayu berasa tercabar dengan permintaan dan desakan daripada kaum bukan Melayu.Kebimbangan ini telah disuarakan oleh beberapa NGO Melayu yang merasakan ketuanan Melayu di tanah ini semakin terhakis. Hakikatnya apakah permintaan dan desakan dari golongan bukan Melayu itu dianggap sebagai ancaman utama atau sesebuah persatuan yang memperjuangkan politik itu yang menjadi punca utama.Kemungkinan punca utama kegelisahan yang berlaku mungkin berpunca daripada senario politik negara yang semakin tidak menentu. Semakin terhakis penghormatan terhadap kontrak sosial yang secara tidak rasmi telah lama digunapakai dan telah berjaya menjaga keharmonian tanpa menggugat ketuanan Melayu itu sendiri. Gabungan Melayu Perak telahpun menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak menyatakan taat setia orang Melayu di Perak kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu. Memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-Raja ke-215 pada 16 Oktober lalu.

Gambar Ihsan Utusan Malaysia

1 comment:

Khairul Team Subsale Melaka said...

Assalamualaikum...izinkan hamba melempiaskan bicara hamba di sini.Mungkin ada benarnya pandangan anda tentang tercabarnya Melayu.Namun,adakah anda terfikir,siapakah yang memberi ruang sebegini luas kepada bukan Melayu sehingga masih tidak puas hati dengan tuntutan yang ditunaikan?Saya rasa pemimpin besar Melayu lah sebagai ketua negara yang sewenang-wenangnya memanjakan dunia bukan Melayu.Mengapa ini terjadi?Puncanya kekalahan yang teruk Pilihanraya baru-baru ini.Kekalahan yang memeranjatkan bagi penyokong kerajaan.Namun,kekalahan ini disebabkan kerapuhan pemimpin atasan dalam mentadbir negara sehingga disalahkan atas kerapuhan tersebut.Kita bukannya mencari pemimpin popular tetapi pemimpin yang mampu mempertahankan dunia Melayu dan Malaysia umumnya.Lihat sahaja tun Dr Mahathir yang mampu bertahan membangunkan negara lebih 20tahun.Pembangunan yang kita kecapi adalah sangat besar dan perbelanjaan negara yang digunakan adalah sangat minimum.Sebenarnya kita memcari seorang pemimpin yang sangat hebat bagi menggantikan tokoh tersebut.Kita tidak perlu melihat negara luar tetapi kita perlulah membina negara yang kita cintai ini dengan tunggak yang kukuh.Kita sebagai pewaris negara dan bangsa bukan sepatutnya hanyut dengan serangan tidak langsung penjajah tetapi kita yang menyerang kembali penjajah.Pemuda dan remaja Malaysia sebenarnya kurang didedahkan dengan semangat tersebut.Semangat untuk terus memerdekakan Melayu.Merdekanya Melayu bukan sekadar terletak pada tanggal 31 Ogos setiap tahun tetapi setiap jiwa Melayu haruslah disematkan dengan semangat kemerdekaan yang berkobar2.Hiduplah Melayu!