Friday, November 7, 2008

Kadi diberikan Pampasan

Al-kisah sekumpulan manusia yang bergelar kadi diberikan pampasan, atas kesilapan dan kecetekan pengadilan khalifah yang memerintah. Adapun mereka menerima dengan hati yang terbuka tetapi maruah yang tercalar dan nama yang sudah pun busuk. Perkara berikut tidak dapat dibendung oleh kerana masyarakat umum telah pun mengatahui kebenarannya.Sekiranya diberikan segunung emas sekalipun,tetap tidak setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka.Kedudukan yang hilang serta penghormatan yang sudah pudar lebih memeritkan daripada seksaan manusia.Apapun yang terjadi haruslah kita semua cuba mendapatkan cerita atau kisah yang sebenarnya.

No comments: