Wednesday, November 5, 2008

Obama Melakar Sejarah


Barrack Obama melakar sejarah tersendiri kerana berjaya dalam pilihanraya untuk memilih presiden Amerika Syarikat yang akan datang menggantikan G.W Bush yang akan tamat penggal pemerintahanya.Barrack Obama dilihat sebagai seorang calon yang mampu membawa perubahan terhadap A.S dalam pelbagai segi baik dari segi hubungan antarabangsa mahupun eknomi A.S yang sedang mengalami krisis terburuk dalam abad ini.Beliau memperoleh banyak undi daripada kaum kulit hitam serta golongan Hispanik yang mempunyai undi yang agak besar.Seluruh dunia meraikan kejayaan Obama memenangi pilihanraya dengan pelbagai cara dan gaya.Di negara Kenya,Jepun dan Indonesia meraikan dengan meriah kejayaannya memenangi pilihanraya tersebut.Adakah Amerika Syarikat akan merubah polisinya yang selama ini dikecam dunia atau meneruskan tindak-tanduknya tanpa sebarang keraguan.Apakah perubahan yang berlaku akan membawa perubahan kepada world order atau sebaliknya kita nantikan bersama.

No comments: